BREAKING NEWS

Tuesday, 4 December 2018

Suspek perkosa gadis bawah umur diberkas

LELAKI yang juga suspek utama kes rogol seorang gadis bawah umur diberkas selepas tayar kereta dipandunya ditembak polis di Lebuhraya Jelutong, Georgetown, malam tadi.

 Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang, berkata dalam kejadian 9.30 malam itu, suspek berusia 29 tahun itu memecut keretanya ketika cuba ditahan anggota polis menyebabkan kenderaan itu melanggar sebuah motosikal dan kereta.

 “Anggota polis kemudiannya melepaskan tembakan ke arah tayar belakang untuk menghentikan kereta suspek. “Sejurus melanggar kereta, suspek keluar daripada kenderaan dan melarikan diri. “Anggota polis akhirnya berjaya menangkap suspek di Jalan Sungai Pinang, Jelutong,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

 Che Zaimani berkata, semakan mendapati suspek mempunyai sembilan rekod kesalahan lampau membabitkan tujuh kes jenayah dan dua rekod berkaitan dadah. Katanya, suspek akan dibawa ke Mahkamah Pulau Pinang hari ini bagi permohonan reman.

Kredit Harian Metro
 
Copyright © 2014 PenangKini.