This is default featured slide 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, 16 January 2019

Misteri.. Wajah 'manusia' pada pokok pinang yang pernah viral di Kepala Batas

KEWUJUDAN wajah persis manusia pada upih pokok pinang mungkin berkaitan dengan kecacatan sel fisologi pokok. 

Bekas kapten Pulau Pinang meninggal dunia

GEORGE TOWN: Bekas kapten skuad bola sepak Pulau Pinang, Abd Aziz Azizan, yang dimasukkan ke hospital selepas jatuh sakit ketika perlawanan persahabatan veteran, di sini, Ahad lalu, meninggal dunia, hari ini.

Ia disahkan jurucakap Persatuan Bolasepak Pulau Pinang menerusi kenyataan di laman Facebook mereka.

"Dia meninggal dunia kira-kira jam 5.10 petang ini. Jenazahnya akan dibawa ke Bagan Lebai Tahir, Teluk Air Tawar, Butterworth," kata kenyataan berkenaan.

Abd Aziz, 54, tiba-tiba jatuh sakit ketika perlawanan dan hampir pengsan pada petang Ahad lalu dan dia segera dikejarkan dengan ambulan ke Hospital Balik Pulau dan didapati tekanan darahnya tinggi.

Walaupun masih sedar ketika dimasukkan ke hospital, Abd Aziz mengalami koma pada pagi Isnin sebelum dipindahkan ke Hospital Pulau Pinang dan diberikan alatan sokongan sebelum disahkan meninggal dunia hari ini.

Abd Aziz ialah kapten skuad Harimau Kumbang pada sekitar 1990-an dan bermain buat Selangor serta Kedah selain pasukan kebangsaan.

Sebelum ini, pemain veteran Ali Bakar meninggal dunia di Singapura ketika saingan veteran Piala Emas Raja-Raja pada Ogos 2003 - BH




Cabaran 10 tahun: Tiada apa nak disembunyikan

Gambar Safiey Illias pada tahun 2009 dan 2019

Logo halal bersama gambar dewa Hindu pada risalah menu

PENGARAH KPDNHEP Pulau Pinang, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar menunjukkan tanda logo halal yang disalahgunakan oleh sebuah restoran makanan India yang boleh mengelirukan pelanggan Islam dalam operasi di Georgetown pagi tadi. - UTUSAN ONLINE
PULAU PINANG 16 Jan. – Tanda logo halal dicetak pada risalah menu dengan gambar dewa Hindu. Itu tindakan yang dikesan dilakukan sebuah restoran makanan India di Little India, Georgetown di sini.

 Akibatnya, restoran berkenaan disiasat kerana menyalahgunakan tanda logo halal selain cubaan mengelirukan pelanggan khususnya dalam kalangan umat Islam.

 Kesalahan itu dikesan dalam operasi bersepadu yang dijalankan oleh Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri; Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri dan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) pagi ini.

 Dalam operasi yang diketuai Pengarah KPDNHEP negeri, Mohd. Ridzuan Ab. Ghapar itu, sebuah restoran yang mempunyai ritual agama Hindu turut disiasat kerana menyalahgunakan sijil penyembelihan halal.

 Menurut Mohd. Ridzuan, operasi pagi ini melibatkan sebanyak empat buah restoran di sekitar Little India yang menjadi tumpuan ramai khususnya pelancong termasuk orang Islam.

 Katanya, pemeriksaan mendapati tiga daripada restoran itu menyalahgunakan logo dan sijil halal bagi menunjukkan menu di premis mereka boleh dimakan pelanggan Islam.

 “Selain itu, salah sebuah restoran turut dikesan melakukan representasi yang boleh memperdaya atau mengelirukan iaitu dengan menggantung ayat-ayat suci al-Quran. “Perbuatan itu melanggar Perintah 4, Perintah Perihal Dagangan (takrif Halal) 2011,” katanya.

 Menurut Mohd. Ridzuan, bagi kesalahan takrif halal, syarikat yang disabit melakukan kesalahan itu boleh didenda tidak lebih RM5 juta untuk kesalahan pertama.

 Katanya, bagi individu pula, kesalahan itu boleh dikenakan denda tidak lebih RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun. Dalam pada itu, tambah beliau, operasi ke atas restoran-restoran di sekitar negeri ini dimulakan pihaknya sejak kelmarin dengan lebih 45 buah diperiksa setakat ini.

 “Sepanjang tempoh itu juga, kita telah mengeluarkan hampir 10 kompaun terhadap restoran-restoran tersebut atas pelbagai kesalahan berkait dengan pematuhan lesen,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tuesday, 15 January 2019

Kerajaan Pulau Pinang mahu kurangkan subsidi air

Kon Yeow (kanan) bersama Jaseni pada sidang media berhubung isu tarif air domestik Pulau Pinang, hari ini. - NSTP/Ramdzan Masiam

Tiada cuti diwartakan pada 31 Januari ini

PETALING JAYA: Tiada hari pelepasan am diwartakan pada 31 Januari ini seperti yang tular melalui aplikasi WhatsApp.

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) melalui kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa mengesahkan bahawa tarikh tersebut merupakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-252 (khas) Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan.

"Tiada cuti diwartakan untuk tarikh tersebut kerana hanya mesyuarat dan bukan Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong.

"Pemakluman berkaitan cuti Hari Pertabalan Yang di-Pertuan Agong akan diwartakan dan dihebahkan melalui bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan Antara Kerajaan selepas mesyuarat tersebut selesai," menurut kenyataan itu selepas merujuk maklumat daripada pejabat Penyimpan Mohor-mohor Besar Raja-raja.

Khabar angin mengenai hari pelepasan am itu membuatkan rakyat teruja memandangkan tarikh tersebut yang jatuh pada Khamis memberi peluang kepada orang ramai untuk merancang cuti panjang.

Upacara Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan itu diikuti dengan cuti umum Hari Wilayah Persekutuan pada keesokannya, cuti hujung minggu (Sabtu dan Ahad) serta cuti Tahun Baru Cina yang disambut pada 5 dan 6 Februari.

Sultan Abdullah sebak ajak rakyat doakan ayahanda 😭

SULTAN Abdullah Sultan Ahmad Shah dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah kelihatan sebak semasa mengajak rakyat mendoakan kesejahteraan ayahandanya pada istiadat pemasyhuran baginda sebagai Sultan Pahang keenam dalam era moden di Istana Abu Bakar Pekan, Pahang hari ini.UTUSAN ONLINE / AHMAD ZAKKI JILAN

Wanita misteri di Kepala Batas berjaya ditahan. PATI rupanya..


Jabatan Kesihatan Pulau Pinang rampas 48 produk 'mustajab'



BUKIT MERTAJAM - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKMM) Jabatan Kesihatan Pulau Pinang merampas 48 jenis produk di sebuah premis di sini hari ini, yang didakwa mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
Pegawai Kesihatan Persekitaran BKKM, Mohd Wazir Khalid yang mengetuai operasi pemeriksaan di premis makanan kesihatan di Jalan Baru itu, berkata produk-produk berkenaan hanyalah makanan tambahan yang bernilai RM1,648.

"Pihak BKKM juga menemui beberapa produk yang menyembunyikan iklan khasiat palsu makanan kesihatan di dalam kotak produk berkenaan bagi mengelak ia dikesan pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita.
Beliau berkata pihaknya turut mengeluarkan notis kompaun RM6,000 kepada pemilik premis berkenaan dan kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 18E Peraturan-Peraturan Makanan 1985, Akta Makanan 1983.

“Pengeluar produk (yang dirampas) ini juga didapati meletakkan risalah iklan mengelirukan di dalam kotak produk bagi mengelak daripada dikesan pihak berkuasa,” katanya. - Bernama

Monday, 14 January 2019

Perlantik Eric Paulsen wakil Malaysia ke AIHCR langkah sumbang - Reezal Merican



1. Pertama sekali, saya menganggap pelantikan Eric Paulsen, Pengarah Undang-Undang Fortify Liberty sebagai wakil Malaysia dalam Suruhanjaya Antara Kerajaan ASEAN Mengenai Hak Asasi Manusia (AIHCR) sebagai langkah yang sumbang dan silap.

2. Eric Paulsen seorang yang sangat kontroversi dan mempunyai perspektif dan pandangan yang sangat liberal. Kita tidak nafikan merit beliau sebagai pengamal undang-undang. Kita juga tak nafikan latar pendidikan beliau yang baik. Namun Eric Paulsen masih perlu memberikan banyak penjelasan mengenai sikap dan pendirian beliau selama ini.

3. Apakah mereka yang terlibat dalam pemilihan jawatan strategik ini tidak melihat pendirian Eric sebelum-sebelum ini? Antara perkara yang pernah dibangkitkan Eric Paulsen: -

- JAKIM mempromosi ekstremisme;
- Mufti Negeri Johor Darul Takzim dianggap sebagai Taliban;
- Kebanyakan mufti dan ulama' tidak siuman;
- JAKIM dan para ulama' tidak ubah seperti kasta paderi Eropah;

4. Pandangan ini walaupun diberikan di dalam media sosial (twitter) tetap membayangkan akar fikiran beliau yang terlalu kontroversi dan kasar.

5. Saya minta Menteri Luar bersikap telus dan memberitahu rakyat berapa nama yang disenarai pendek untuk jawatan ini? Siapa anggota pemilih? Apakah tidak ada tokoh-tokoh lain yang kurang kontroversi boleh diketengahkan?

6. Pelantikan Eric Paulsen ini  mendatangkan kekhuatiran di kalangan majoriti rakyat kerana sikapnya yang terlalu melindungi kumpulan LGBT. Apakah ini sahaja aspek "hak asasi" yang mahu diperjuangkan di peringkat ASEAN?

7. Saya cukup pasti, ada nama-nama lain yang boleh dipertimbangkan pihak kerajaan. Kalangan anggota jawatankuasa baru Bar Council juga tidak kurang kredibilitinya. Demikian juga para aktivis Centre for Human Rights Research & Advocacy (CENTHRA). Kita punya ramai bakat lain yang boleh diketengahkan - berbanding seorang individu yang penuh kontroversi.

Reezal Merican Naina Merican
Ahli Parlimen Kepala Batas


# Jika kita perhatikan pada komen-komen dan kenyataan-kenyataan beliau sebelum ini terhadap islam dan institusi islam, jelas beliau telah menghina dan mengguriskan hati umat islam.

Adakah beliau akan memperjuangkan kepentingan dan hak asasi orang-orang Islam semasa menjadi wakil di ASEAN? Sudah pasti  ia menjadi satu perkara yang amat diragui.