Wednesday, 2 March 2016

1 MAC 2013 : MENGINGATI TRAGEDI LAHAD DATU


Masih belum pudar dari ingatan semua rakyat Malaysia terutamanya bagi rakyat Negeri Di Bawah Bayu itu sendiri apabila sekumpulan militan dari selatan Filipina yang menggelarkan diri mereka sebagai "Askar Diraja Kesultanan Sulu" datang menceroboh pantai timur Sabah sejak awal bulan Februari tahun 2013 lagi.


Perkara ini berlanjutan sehingga pada tarikh 1 Mac 2013 apabila berlaku satu pertempuran kecil antara pasukan keselamatan negara dan kumpulan militan tersebut di Kampung Tanduo,Lahad Datu. Dalam pertempuran ini,dua orang anggota pasukan keselamatan negara kita iatu Allahyarahman Inspektor Zulkifli Mamat dan Allahyarham Koperal Sabaruddin Daud manakala tiga lagi anggota keselamatan yang lain cedera.

Konflik bersenjata ini masih belum reda apabila berlaku lagi siri pertempuran dua hari kemudiannya (tarikh 3 Mac 2013) apabila militan Sulu tersebut melancarkan serangan hendap ke atas pasukan polis di Kampung Sri Jaya,Semporna. Enam anggota polis negara terbunuh dalam pertempuran tersebut malah ada di antara mereka dibunuh dengan kejam oleh militan terbabit.

Nama-nama para perwira yang terkorban dalam insurgensi tersebut ialah ;

1] ASP Zulkifli Bin Mamat

[2] Supritendan Ibrahim Lebar (Cawangan Khas Bukit Aman)

[3] Asisten Supritendan Michael Padel, 36 (Ketua Cawangan Khas Polis Daerah Semporna),

[4] Sarjan Sabaruddin Bin Daud,

[5] Sarjan Baharin Hamid, 49, (Kontinjen Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah).

[6] Sarjan Abdul Azis Sakirun, 48, (Batalion 14 PGA)

[7] Koperal Salam Togiran, 42, (Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau)

[8] Lans Koperal Mohd Azrul Tukiran, 27, (Pasukan Gerakan Am PGA).

Kesemua mereka tewas dalam pertempuran di kawasan perkampungan air setelah mendapat maklumat awal mengenai perjumpaan kumpulan penceroboh yang sedang bersiap untuk melancarkan perang ke atas Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong khususnya dan keatas Sabah amnya.

MALAYSIA MENYERANG BALAS pada pagi 5 Mac 2013 bermula dengan serangan udara oleh TUDM dengan menggunakan 3 pesawat F/A-18D Hornet dari No.18 Skuadron dan pesawat Hawk 108/208 bagi tujuan sokongan rapat udara.

Ini disusuli dengan bedilan mortar dan artileri medan yang bertali arus oleh Tentera Darat keatas kedudukan pertahanan musuh di Kampung Tandou bagi melembutkan musuh.

Penggempuran dibuat sejurus usai bedilan artileri dan serangan udara, dimana ketumbukan infanteri dan mekanise Tentera Darat melakukan serangan keatas musuh di Kampung Tanduo. Kedudukan musuh dibantai habis-habisan, dan musuh yang berundur di asak dan digempur sehingga tiada yang tinggal berbaki.

Pada masa sama, jalan laut bagi penceroboh telah dihalang oleh jaringan benteng pertahanan yang di persiap oleh TLDM dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia bersama-sama Polis Marin bagi memastikan musuh tidak akan dapat lari semula ke negara asal mereka melalui jalan laut.

Operasi menggempur dilakukan sehingga lewat petang bagi memusnahkan dan menangkap saki baki musuh.

3 TAHUN INSIDEN LAHAD DATU

Tiga tahun telah berlalu, dan sejumlah kecil penceroboh serta kalangan pengkhianat negara yang membantu mereka di Sabah masih menjalani proses penghakiman.

Tiga tahun selepas insiden tersebut, peningkatan keselamatan di Sabah mula mendapat perhatian kalangan pemimpin politik.

Keutamaan diberikan kepada pasukan keselamatan untuk meningkatkan jumlah anggota mereka, meningkatkan pengatur gerakan aset dan menaik taraf infrastruktur sedia ada. Sabah diberikan perhatian khusus dari segi keselamatan dan rakyat Sabah juga turut serta dalam kempen memenangi hati dan pemikiran yang berlangsung secara terus menerus bagi menafikan keupayaan musuh penceroboh untuk mengulangi tindakan sama 3 tahun lepas.

2014 meninggalkan sejarah pahit kepada PDRM, dan ia mula menyedarkan masyarakat Malaysia bahawa kita terlalu leka dan terlalu mengambil mudah keamanan serta kestabilan yang kita kecapi pada hari ini.

Di hari ini, kita mengingati kesemua anggota PDRM yang tewas dalam pertempuran di Kampung Simunul dan Kampung Sri Jaya. Kita mengingati jasa dan pengorbanan anggota dan pegawai pasukan keselamatan kita yang diatur gerakkan ke Sabah dan mereka-mereka yang terlibat dalam pertempuran mengusir dan memusnahkan musuh sehabisnya.

Di hari ini juga kita mengingati bahawa negara ini mempunyai musuh asing dan domestik yang mahu meletakkan negara ini dalam keadaan huru-hara.

Di hari ini juga kita mesti ingat sampai mati bahawa keamanan yang kita kecapi sejak sekian lama adalah hasil titik peluh dan darah usaha pasukan keselamatan kita yang mengorban kepentingan mereka dan meletakkan ugama, bangsa dan negara sebagai keutamaan yang paling tinggi.

Pasukan keselamatan kita adalah tunjang kedaulatan negara, dan ia mestilah disokong tanpa berbelah bahagi oleh kita semua rakyat Malaysia sebagai tanda kesetian kita kepada Seri Paduka Baginda.

Di hari ini, mari kita bertafakur dan menyedekahkan Al-Fatihah kepada anggota dan pegawai pasukan keselamatan kita yang tewas.

Semoga mereka dikurniakan Allah tempat yang tertinggi dikalangan orang yang syahid mempertahankan kedaulatan negara.

-RAD-

sumber pembacaan lanjut boleh dibuat dipautan laman berikut

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/04/lahad-datu-crisis-chronology-prior-to.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/02/pencerobohan-lelaki-bersenjata-di-lahad.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/02/pencerobohan-lelaki-bersenjata-di-lahad_22.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/03/pencerobohan-lelaki-bersenjata-di-lahad_4.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/03/pencerobohan-lelaki-bersenjata-di-lahad_5.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/03/lahad-datu-krisis-ops-daulat.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/03/lahad-datu-krisis-ops-daulat-day-7.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/04/ops-daulat-lahad-datu-crisis-picture.html

http://malaysiamilitarypower.blogspot.my/2013/04/ops-daulat-naval-blockade-lahad-datu.html

sumber The Patriots

No comments:

Post a Comment