Tuesday, 15 March 2016

Episod duka Flores


Tasek Gelugor: Seorang wanita mendakwa bukan saja tidak menghabiskan pengajian akibat dilarikan lelaki ke Flores, Indonesia, lapan tahun lalu, malah dua anaknya juga tidak dapat didaftarkan untuk bersekolah berikutan tidak diiktiraf sebagai warganegara.

Nor Syuhada Naina Mohamad, 31, mendakwa menjadi mangsa pukau sebelum dilarikan lelaki ketika menuntut dalam tahun tiga di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Selangor.

Dia yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan mendakwa mengikuti pengajian dalam bidang Sains Kemanusiaan - Sejarah dan Peradaban serta bekerja di kantin universiti berkenaan sebelum dilarikan pada 2008.

“Saya tidak sedar apa berlaku ketika dilarikan ke Indonesia oleh lelaki mendakwa mengahwini saya, malah tidak pernah berkawan dengan lelaki terbabit.

“Saya tinggal dengan lelaki berkenaan hampir enam tahun dan mendapat dua anak lelaki. Bagaimanapun, pada sijil lahir anak tidak dicatatkan nama saya sebagai ibu, sebaliknya nama individu lain serta nama lelaki berkenaan, Aloysius,” katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar di sini, semalam.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/122748?m=1#sthash.uJww2nOS.dpuf

No comments:

Post a Comment