Wednesday, 30 March 2016

Guan Eng Patut Kongsi Ilmu Lawak Cara Beli Rumah Murah


Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Senator Norliza Abdul Rahim secara sinis menyifatkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sebagai pembeli yang bertuah dan bijak kerana dapat membeli banglo dengan harga yang murah.

 Malah jelas beliau jika mengikut harga kaki persegi, rumah banglo Guan Eng jauh lebih murah dari harga kaki persegi rumah mampu milik di negeri tersebut. Justeru katanya lagi Guan Eng patut berkongsi ilmu membeli rumah dengan harga murah itu dengan rakyat kurang mampu di negeri tersebut yang kebanyakannya sehingga kini masih belum mampu membeli rumah.

 “Apa salahnya jika dia berkongsi ilmu tersebut termasuk cara-cara memberikan pelbagai alasan bagaimana kita boleh beli rumah yang di bawah harga pasaran seperti tiada kolam renang, tidak tahu nilai pasaran, fengshui tidak bagus dan pelbagai lagi alasan tak masuk akal yang lain”, ujar beliau.

Mengulas lebih lanjut beliau seterusnya menegaskan alasan demi alasan yang dikemukakan oleh Ketua Menteri itu adalah sekadar untuk mengalihkan isu yang sebenar dan rakyat boleh melihat dengan jelas hari ini bagaimana mereka cuba menutup kontroversi yang timbul itu.

 Katanya Guan Eng dan pemimpin Dap yang lain tidak sepatutnya berputar belit untuk memberikan alasan bagi menutup isu rumah banglo berkenaan hingga alasan yang diberikan menjadi bahan lawak. “Kita berharap kontroversi ini bukan sahaja menjadi pengajaran malah satu contoh kepada rakyat di luar sana dalam pembelian rumah. Manalah tahu mungkin bertuah macam Ketua Menteri,” katanya secara sinis.

No comments:

Post a Comment