Monday, 14 March 2016

Lantik Anthony Loke Dalam PHC Bukti Gejala Kronisme Dalam DAP Makin Teruk


Amalan budaya kronisme semakin menebal dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Pulau Pinang dan ianya terbukti dengan pelantikan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Memetik laporan sebuah portal berita, ADUN Pulau Betong, Datuk Farid Saad sebagai berkata, amalan tidak beretika tersebut semakin menebal dan kian teruk dalm pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang.

“Kalau dulu … mereka (kerajaan DAP) menyatakan BN ini rasuah, kroni dan sebagainya. Hari ini terserlah mereka lebih teruk lagi. Tidak pernah dalam kerajaan negeri sebelum ini pun melantik orang luar. Ini menunjukkan memang sikap kroni itu menebal dalam DAP, dia (Guan Eng) pilih apa yang dia suka sahaja,” ujarnya.

Menurut laporan, Farid yang juga ADUN Barisan Nasional (BN) itu menambah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP telah terbukti mengamalkan budaya pilih kasih dalam pengagihan pelantikan jawatan di negeri itu.

“Kita ada 10 orang BN, tetapi kerajaan negeri ada 30 orang daripada Pakatan Harapan (PH). Kalau ditolak Exco, yang lain adalah layak untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Takkanlah daripada 30 orang ADUN, seorang pun tidak layak menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendara. GLC ini di bawah Pulau Pinang. Kenapa nak ambil orang luar untuk masuk campur urusan di Pulau Pinang?” soal Farid seperti laporan portal berita tersebut.

Dalam pada itu, laporan tersebut juga melaporkan bahawa Loke dilantik untuk memegang jawatan itu bagi menggantikan jawatan yang pernah disandang oleh ADUN Bukit Bunga dari PKR, Cheah Kah Peng yang dipecat sebelum ini dan didukung oleh orang kanan Guan Eng, Zairil Khir Johari.

Laporan berkenaan memetik Zairil sebagai berkata, berkata  kerajaan Pakatan Harapan di Pulau Pinang adalah  lebih baik daripada Kerajaan Negeri Selangor memandangkan parti komponen Pakatan Harapan, iaitu PKR telah diberi 30 jawatan pengarah GLC berbanding hanya lima yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada wakil DAP.

“Dalam kes Anthony (Loke), pelantikan beliau dibuat dalam keadaan di mana dua ADUN PKR ditamatkan perkhidmatan mereka daripada tiga lembaga GLC Pulau Pinang, termasuk Adun Kebun Bunga, Cheah Kah Peng, yang ditamatkan khidmat dari PHC.

“Keputusan ini telah dikritik sebagai tindakan balas tetapi seperti yang telah berkali-kali dijelaskan, tindakan diambil terhadap mereka (ADUN PKR) bukan kerana mereka bertindak menentang pendirian kerajaan negeri tetapi kerana mereka telah khianati perjanjian yang telah dibuat dalam mesyuarat pra-majlis Pakatan Harapan yang bersetuju sebulat suara untuk menolak satu usul daripada Adun BN,” jelas Zairil.

No comments:

Post a Comment