Wednesday, 2 March 2016

Tak Payah Risau Lagi, Enjin Carian Ini Mesra Kanak-kanak


Buat "ibu ibu, bapa bapa" selalu risaukan anak bila layari internet kan? Tak tahu apa yang mereka 'search'.

Kadang kala, banyak informasi yang tak dikehendaki pula yang muncul di skrin tanpa diminta. Ini semua membuatkan para ibu bapa berasa khuatir tentang dunia online.


Namun, kini telah dilancarkan enjin carian khusus untuk kanak-kanak yang dipanggil sebagai Kiddle.

Apa yang menariknya ialah, setiap carian akan ditapis agar menampilkan informasi yang selamat dan juga ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami.

No comments:

Post a Comment