Wednesday, 9 March 2016

YB Farid menyelar tindakan CM Lim Guan Eng melantik orang luar dalam PHC


Lim Guan Eng mula menunjukkan taringnya sebagai Ketua Menteri yang hanya mementingkan rakan dalam partinya sahaja apabila melantik Ahli Parlimen DAP Seremban, Anthony Loke sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendera (PHC).

Ia sekaligus memberi tamparan hebat kepada penduduk Pulau Pinang kerana dilihat menghina kewibawaan ADUN yang sedia ada di Pulau Mutiara itu. ADUN Pulau Betong, Datuk Farid Saad yang melahirkan kekecewaannya dengan tindakan Guan Eng melantik orang luar daripada negeri itu sekali gus menunjukkan beliau juga menolak semua ADUN Pakatan Harapan dan menyifatkan mereka tidak layak untuk mengisi jawatan berkenaan.

 “Kita ada 10 orang BN, tetapi kerajaan negeri ada 30 orang daripada Pakatan Harapan. Kalau ditolak Exco, yang lain adalah layak untuk mengisi jawatan berkenaan. “Takkanlah daripada 30 orang ADUN, seorang pun tidak layak menjadi Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bukit Bendara. GLC ini di bawah Pulau Pinang. Kenapa nak ambil orang luar pulak mai ke Pulau Pinang?” soal Farid.

Tambah Farid lagi, pelantikan itu mencerminkan sikap ketua menteri yang tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang menentang dasar yang dibawa DAP demi mencapai kepentingan peribadi beliau. “Kalau dulu … mereka (kerajaan DAP) menyatakan BN ini rasuah, kroni dan sebagainya. Hari ini terserlah mereka lebih teruk lagi.

Tidak pernah dalam kerajaan negeri sebelum ini pun melantik orang luar. Ini menunjukkan memang sikap kroni itu menebal dalam DAP, dia (Guan Eng) pilih apa yang dia suka sahaja,” katanya.

No comments:

Post a Comment