Monday, 18 April 2016

DUA PENJENAYAH DIKEHENDAKI POLIS YANG TERLIBAT DENGAN KES SAMUN DI SEKITAR GEORGETOWN MATI DITEMBAK POLIS


GEORGETOWN - Dua orang penjenayah Warganegara Indonesia yang terlibat dengan pelbagai kes samun dan pecah rumah disekitar Georgetown mati ditembak oleh Polis dari Cawangan Jenayah Berat (D9) IPD Timur Laut dan Bahagian Jenayah Berat (D9) IPK Pulau Pinang dalam satu insiden berbalas tembakan di Kawasan Perkuburan Cina, Mount Erskine Pulau Pinang.

YDH. Ketua Polis Pulau Pinang CP Dato' Abdul Ghafar Bin Rajab bersama YDH. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Dato' Mohd Zakaria Bin Ahmad dan YDH. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Bin Wahid telah mengadakan sidang media bertempat di Pusat Media, IPK Pulau Pinang.

Menurut beliau pihak polis yang menerima maklumat berkaitan satu kes samun terhadap sebuah rumah di Lengkok Halia, Tanjong Tokong, Pulau Pinang telah berjaya mengesan suspek yang menaiki sebuah kenderaan jenis Proton Wira serta mengekori mereka dari belakang sehingga sampai di Kawasan Perkuburan Cina, Mount Erskine sebelum bertindak mengentikan kenderaan tersebut.

Setelah melihat beberapa orang anggota polis yang keluar dari kenderaan dengan memakai "vest" polis, suspek telah bertindak melepaskan beberapa das tembakan kearah anggota polis dan melarikan diri ke kawasan tanah perkuburan cina. Pihak polis telah membalas tembakan tersebut bagi mempertahankan diri dan dua orang suspek telah berjaya ditembak mati oleh pihak polis.

Hasil semakan indentiti yang dibuat mendapati suspek merupakan individu yang dikehendaki oleh pihak polis kerana terlibat dengan pelbagai kes samun disekitar Georgetown. Turut dirampas sepucuk pistol semi-auto dan pelbagai senjata seperti parang serta peralatan yang digunakan untuk melakukan samun dan pecah rumah.

Pihak polis juga telah berjaya merampas kembali barang-barang yang telah disamun di sebuah rumah di Lengkok Halia, Tanjong Tokong dan turut merampas sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang digunakan oleh suspek dimana kenderaan itu dilaporkan hilang di Queensbay pada tahun 2015.

No comments:

Post a comment