Friday, 8 April 2016

Lagi Banyak Guan Eng Bercakap, Cuba Mengelak Lagi Banyak Tembelang Pecah


Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim percaya lagi banyak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berdolak dalih akan lagi banyak tembelang yang akan terdedah berhubung isu pembelian rumah banglo dan tanah PPRT Taman Manggis. Justeru beliau menyarankan agar Guan Eng berhenti dari banyak bercakap sebaliknya memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuat siasatan.

 “Lagi banyak mereka buat kenyataan, lagi banyak Guan Eng bercakap maka lagi banyak tembelang yang akan terdedah, kini kita dengar pula cerita PERDA dan sebagainya.

 “Banyak membuat kenyataan seolah-oleh menunjukkan mereka cuba lari dari cerita sebenar. Mereka sepatutnya memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM,” ujarnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Muar .

Tambah beliau lagi , jika sebelum ini mereka (Dap) boleh membuat laporan kepada SPRM jika mereka rasa ada salah laku berlaku di kalangan anggota UMNO dan BN, tetapi bila kena di batang hidung mereka sendiri, kenapa mereka buat kenyataan bermacam-macam di luar.

 “Jumpa SPRM dan kongsilah apa juga maklumat, jika benda tu tak betul, serahkan kepada SPRM tetapi apa yang berlaku sekarang, semacam ada perkara yang nak disembunyikan. “Jadi, biarlah badan yang bertanggungjawab untuk menyiasat, mereka patut beri bekerjasama dan bukannya lari”, katanya.

 Jelasnya jika Guan Eng yakin tidak bersalah dia sepatutnya segera berjumpa SPRM bukan menunggu SPRM memanggilnya untuk melakukan siasatan. “SPRM akan mengambil kenyataan bila tiba waktu, tetapi kalau dia nak datang jumpa sekarang pun boleh bagi. Tetapi mengelak-mengelak seperti ini tidak akan menyelesaikan masalah.

 “Saya pasti SPRM akan jalankan tugas dengan dedikasi dan profesional dalam soal ini. Ini bulan soal persepsi ataupun siapa yang dapat menguasai media sosial dalam kes berkaitan banglo Ketua Menteri Pulau Pinang itu,” tambahnya lagi.

No comments:

Post a comment