Sunday, 24 April 2016

Pentadbiran Negeri Lemah Punca ADUN Pulau Pinang Sukar Bantu Rakyat


PETALING JAYA - Bantuan kepada golongan miskin tidak dapat disalurkan dengan efektif adalah disebabkan oleh kelemahan sistem pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dibawah pimpinan DAP.

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan termasuk ADUN Berait dan ADUN Penanti menyuarakan kekecewaan mereka apabila yang usul yang dibawa oleh kedua-dua individu tersebut berhubung pembangunan rohani rakyat negeri itu seringkali ditolak.

Menurut ADUN Penanti, Dr Norela Ariffin mendedahkan usulnya di DUN telah ditolak secara mengejut sebanyak 13 kali sejak tahun 2013.

“Saya tidak tahu kenapa usul saya ditolak tetapi ia tidak akan membuatkan saya berhenti untuk bersuara demi orang ramai yang menghadapi banjir kilat dan masalah gangguan elektrik di kawasan luar bandar.

“Peruntukkan yang diberikan bagi kawasan saya terlalu kecil untuk saya suarakan masalah ini. Saya perlu memperbetulkan masalah ini dengan membawa usul berkaitan namun ia ditolak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.

Sementara itu, ADUN Berapit, Ong Kok Fooi juga kesal apabila tidak diberikan penglibatan penuh sebagai salah seorang penggubal undang-undang di Pulau Pinang.

Menurutnya, beliau telah bekerja siang dan malam selama lapan tahun dan isu-isu yang diketengah seperti kesesakan lalu lintas dan perancangan yang kurang baik kerajaan tempatan tidak pernah diberi perhatian.

“Saya telah menyuarakan rungutan orang ramai di kawasan DUN saya tetapi amat menyedihkan apabila tiada apa yang telah dilakukan,” ujarnya.
— KLXpress
#RakyatDidahulukan
#RespectMyPM
#MelayuBersatu

No comments:

Post a Comment