Saturday, 30 April 2016

Program Mengubah Destini Anak Bangsa 2016 Negeri Pulau Pinang berlangsung dengan sukses!


Program Ekspo Pendidikan Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) 2016 Peringkat Negeri Pulau Pinang yang berlangsung siang tadi mendapat sambutan di luar dugaan ! Program yang diadakan di Uitm Kampus Permatang Pauh telah dirasmikan oleh Dato Seri Zainal Abidin Bin Osman.

Seramai 600 orang pelajar yang mendapat keputusan kurang cemerlang di Pulau Pinang mendaftarkan diri untuk melanjutkan pengajian ke peringkat pra-diploma di Uitm. Turut diadakan majlis penyampaian anugerah kepada 6 orang ikon MDAB yang cemerlang dalam bidang pengajian masing-masing.

Terima kasih dan tahniah kepada UMNO Negeri Pulau Pinang yang menganjurkan program yang cukup baik ini dengan membuka peluang anak-anak bangsa melanjutkan pengajian ke Uitm.

No comments:

Post a comment