Friday, 27 May 2016

Budiman diumumkan calon BN untuk PRK Sungai Besar


Sungai Besar: Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Palimen P93 Sungai Besar 18 Jun ini.
Nama bekas guru itu diumumkan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di hadapan kira-kira 2,000 penyokong BN di Pusat Operasi BN di Pasir Panjang, malam tadi.
Anak kelahiran Kampung Sungai Limau itu mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Universiti Kebangsaan Malaysia) dan Sarjana Sains (Komunikasi) (Universiti Putra Malaysia).
Beliau adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang sejak 2013.
Ahmad Zahid berkata, kriteria pemilihan calon adalah orang tempatan, disukai penduduk serta boleh meneruskan kecemerlangan Allahyarham Datuk Noriah.
"Kita memilih anak tempatan yang bukan saja berkelayakan, bertenaga serta bergelumang di peringkat akar umbi tetapi boleh diterima kaum India, Cina dan Melayu.

"Kombinasi ini diharap akan memberi kemenangan kepada BN," katanya.

No comments:

Post a comment