rubiconproject.com, 9655, RESELLER, 0bfd66d529a55807)

Wednesday, 11 May 2016

Hentikan segera tambak laut di Pulau Pinang-Irmohizam

 

Kerajaan DAP Pulau Pinang digesa mengarahkan syarikat yang terlibat de­ngan projek menambak laut di pulau berkenaan menghentikan serta-merta aktiviti mereka bagi mengelakkan lebih ramai nelayan terjejas ekoran kegiatan tersebut.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, projek menambak laut itu memberi kesan buruk yang sangat besar kepada aktiviti nelayan kerana menjejaskan hasil tangkapan dan kemungkinan besar boleh menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

“Apa yang ingin saya persoalkan adalah bagaimana kerajaan negeri boleh memberi kelulusan kepada syarikat tersebut tanpa mengkaji terlebih dahulu kesan jika ia dilaksanakan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas nasib 1,000 nelayan di sekitar Bayan Lepas yang berhadapan masalah hilang punca pendapatan apabila hasil laut semakin menyusut sejak sebulan lalu.



Utusan

No comments:

Post a Comment