Monday, 25 July 2016

Pilihanraya Negeri : DAP 'Besar Kepala'


Tindakan DAP yang tetap menimbang mahu mengadakan pilihan raya negeri (PRN) lebih awal berbanding negeri lain meskipun belum menerima ‘lampu hijau’ sekutunya PKR, me­nyerlahkan sikap ‘besar kepala’ parti itu.

Perkara itu ditekankan oleh Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan yang memberitahu bahawa beliau tidak pelik dengan apa yang berlaku berdasarkan pengalaman kerjasama antara parti tersebut dengan DAP sebelum ini.
Beliau juga menyifatkan DAP sebagai sebuah parti yang tidak boleh diajak berunding selain tidak boleh diberikan nasihat.

“Kita nampak jelas apa yang DAP buat itu lebih bermatlamat melindungi kepentingan mereka. DAP ini memang ‘payah berkira’, mereka kira mereka betul, rasa pandai, mereka ‘besar kepala’, payah.

“Berdasarkan pengalaman Pas bekerjasama dengan DAP sebelum ini, dalam perkara yang melibatkan persefahaman yang te­lah dicapai pun mereka boleh tetap dengan pendirian sendiri. Pas telah alami ini, mereka tidak menghormati suara-suara Pas,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nasrudin mengulas mengenai keputusan DAP yang tetap mahu meneruskan rancangan mengadakan PRN mengejut di Pulau Pinang.

Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan jawatannya, Lim Guan Eng memberitahu keputusan mengadakan pilihan raya itu dijangka diumumkan minggu depan dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang sedang menimbangkan perkara tersebut.

No comments:

Post a comment