KUALA LUMPUR, 15 Jun – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau
Betong, Datuk Sr. Muhamad Farid Saad menimbulkan persoalan apakah Pulau Pinang
yang diterajui Dap sedang menuju menjadi sebuah ‘failed state’.
Ini
kerana katanya melihatkan kepada perangkaan terkini Purata Gaji &
Pendapatan Bulanan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan yang di keluarkan
pada 8 hb Mei 2017.
“Jika
dilihat kepada jadual di sini, kedudukan Pulau Pinang kini adalah ditangga
ketujuh daripada 16 buah Negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia. Pada tahun
2012, purata pendapatan rakyat Negeri Johor telah mengatasi Pulau Pinang dan
pada tahun 2013 Negeri Sembilan mengatasi Pulau Pinang. Negeri-negeri seperti
Terenganu, Kelantan dan Perak telah menunjukkan pengukuhan yang jauh lebih baik
dari Pulau Pinang.
“Data
Jabatan Perangkaan telah menunjukkan bahawa purata kenaikan pendapatan pada
tahun 2016 berbanding dengan 2010 adalah 39% bagi keseluruhan Malaysia, akan
tetapi bagi Pulau Pinang, peratus kenaikan hanyalah 35.81%, iaitu dibawah
purata negara. Dengan lain perkataan negeri di bawah purata (below average
state).
“Purata
Kadar pengangguran negara adalah pada kadar 3.4% pada tahun 2016. Jika dirujuk
kepada ucapan bajet YAB Ketua Menteri tahun lepas, sidang DUN telah dimaklumkan
bahawa kadar pengangguran negeri Pulau Pinang adalah di paras terendah iaitu
1.6% dan terdapat kekurangan pekerja seramai 20,000 orang,” katanya dalam satu
kenyataan media hari ini.
Kata
beliau lagi jika dilihat daripada perangkaan terkini di atas, adakah ini
menunjukkan bahawa gambaran yang diberikan oleh YAB Ketua Menteri adalah
gambaran palsu yang menunjukkan seolah-olah negeri Pulau Pinang terlalu maju
sehinggakan ada kerja tanpa pekerja.
“Adakah
negeri yang tidak cukup pekerja, memberikan implikasi kepada purata gaji yang
rendah. Adakah pengangguran sebenar di Pulau Pinang adalah tinggi kerana
penutupan kilang-kilang besar dan sederhana di negeri ini?
“Adakah
kadar tangga gaji atau pendapatan rakyat negeri Pulau Pinang adalah rendah
berbanding dengan negeri-negeri lain. Hanya yang makan dapat merasakan sedap
atau tidaknya makanan itu. Kebenaran itu milik rakyat Pulau Pinang.
“Adakah
Pulau Pinang di bawah Dap sedang menuju menjadi sebuah Failed State?,”
soalnya.
No comments:
Post a Comment