25 JAN: ADUN Tanjung Bungah
dilaporkan dalam tekanan susulan lima kakitangannya dipecat oleh pimpinan
kanan DAP Pulau Pinang.
Menurut
Teh Yee Cheu, kelima individu itu menerima surat pemecatan masing-masing
daripada daripada Jabatan Sumber Manusia, DAP negeri pada 21 Januari lalu.
Tambahnya,
menerusi surat itu, kesemua mereka perlu melepaskan jawatan masing-masing
sebelum 18 Februari depan yang juga merupakan minggu sambutan Tahun Baharu
Cina.
“Saya
sudah menjangkakan pemecatan kakitangannya itu namun tidak menjangka ia
dilakukan dalam tempoh terdekat.
“Memang
saya cukup terkilan dan sedih dengan nasib yang menerima kakitangan saya ini,
namun saya akan berusaha mencari jalan terbaik bagi membantu mereka,” katanya
di Georgetown hari ini.
Sebelum
ini, Yee Cheu yang dikenali kerana suka mengkritik Kerajaan Pulau Pinang,
dilaporkan dinafikan peruntukan tahunan sebanyak RM200,000 bagi membantu
penduduk kawasan DUN Tanjung Bungah.
Pada
ketika ini, segala urusan membabitkan peruntukan dan kerja-kerja wakil rakyat
di kawasannya diletakkan di bawah Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir
Johari.
No comments:
Post a comment