Ketua Menteri Pulau Pinang,
Lim Guan Eng masih mengunci mulut berhubung pendedahan MCA mengenai firma dari
China, China Railway Construction Corporation Malaysia Bhd. (CRCC) yang didakwa
hanya dibayar sebanyak lima peratus atau kira-kira RM3 juta oleh kerajaan DAP
Pulau Pinang sejak kontrak projek terowong dasar laut ditandatangani.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka
Siong berkata, hal ini amat serius kerana secara teknikal dan kewangannya
membuktikan bahawa CRCC dan sebuah lagi firma China, Beijing Urban Construction
Group (BUCG) tidak lagi terlibat dengan projek berkenaan.
Malah, beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana
Menteri memberitahu, Sri Tinggi Sdn. Bhd. iaitu salah sebuah syarikat yang
didakwa Guan Eng terlibat dalam projek terowong dasar laut tersebut juga
tidak lagi merupakan pemegang saham manakala sebuah syarikat lain, Juterasi
Sdn. Bhd. didapati tidak lagi beroperasi.
“Ini bermaksud daripada lima pihak yang didakwa
terlibat dalam projek berkenaan, hanya Zenith Construction Sdn. Bhd. yang baru
berusia 82 hari dengan modal berbayar RM300,000 kekal menjadi kontraktor
tunggal dalam projek itu. Di sini Guan Eng perlu membuktikan CRCC telah dibayar
lebih daripada RM3 juta selain membuktikan firma itu tidak menghentikan kerja
di tapak projek.
“Dalam hal ini, secara tidak langsung kerajaan DAP
Pulau Pinang yang diketuai DAP itu telah menyerahkan projek bernilai
RM6.34 bilion kepada syarikat yang hanya berusia 82 hari. Ini mungkin membawa
erti syarat kelayakan tender projek kerajaan DAP Pulau Pinang dengan modal
berbayar sekurang-kurangnya RM381 juta tidak lagi dilaksanakan kerajaan negeri
itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a comment