BALIK PULAU . -
Kerajaan Persekutuan tidak akan menyokong mana-mana projek pembangunan oleh
kerajaan DAP Pulau Pinang yang boleh menjejaskan kehidupan nelayan di negeri
ini.
Ahli
Parlimen Balik Pulau, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, tindakan kerajaan
negeri itu menyebabkan nasib kebanyakan nelayan di sini masih tidak terbela
sepenuhnya.
Sebagai contoh, beliau berkata, isu tebus tanah yang berlaku di beberapa
kawasan termasuk di sekitar Gurney Drive, Tanjung Bunga dan Tanjung Tokong
sejak beberapa tahun lalu sehingga kini masih menimbulkan persoalan.
“Pampasan
yang mereka dapat hasil tebus tanah tanah itu cuma RM15,000...sekali sahaja.
Itu pun dua hari sebelum raya kerana nelayan-nelayan ini memang nak pakai duit.
Jadi, terpaksa ambil sahaja.
“Tapi,
lepas ini apa yang mereka hendak makan? Sekarang pun hasil ikan di kawasan
tersebut semakin berkurangan dan kawasan pembiakan ikan juga mulai hilang,”
katanya kepada pemberita selepas Program Penyerahan Bantuan Elaun Sara Hidup
Nelayan di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Teluk Bahang, hari
ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment