KEPALA BATAS - Umno sedia menghadapi sesiapa saja parti lawan
yang ingin bertanding dalam PRU14 di kawasan Parlimen Kepala Batas.
Ahli Parlimen
Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, menjadi tradisi
bagi kerusi Parlimen itu yang mana sebelum ini Umno sentiasa berdepan dengan
calon Pas, dan PRU kali ini mungkin lawannya datang akan bertambah.
"Pilihan
raya adalah pesta demokrasi, kami di Kepala Batas dah berzaman mempunyai
tradisi melalui pilihan, calon sentiasa berdepan dengan kami adalah daripada
Pas.
"Sesiapa
saja datang kita alu-alukan dan kita tidak ada halangan, kerana ini adalah
negara yang mengamalkan demokrasi cuma yang seperti saya katakan dulu budaya
yang sentiasa dipelihara sejak dahulu adalah mengutamakan rakyat,"
katanya.
Beliau berkata
demikian dalam sidang media selepas program Jualan Murah Bantu Rakyat di
Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Ahmad Badawi di sini.
Katanya, Umno
mempunyai rekod melakukan khidmat dan sentuhan kepada isi hati rakyat.
"Kita
bukan 'touch n go', kita 'go n touch' ia bukan benda yang baru malahan
dilakukan sejak dahulu lagi.
"Inilah
istiqomah yang kita lakukan, jadi kalau nak datang, datang atas nama
berkhidmat, Alhamdulillah datang, tapi biarlah mengekalkan tradisi yang selama
ini menjadi iklim yang diamalkan sekian masa dulu di sini," katanya.
No comments:
Post a Comment