Sunday, 27 January 2019

24 Penagih ditangkap di Bagan Dalam, Butterworth


24 penagih ditangkap dalam satu serbuan oleh Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Seberang Perai Utara di kawasan Ujung Batu Bagan Dalam Butterworth

Mereka yang ditahan berumur dalam lingkungan 20 hingga 50 tahun yang bekerja sebagai buruh dan penganggur

Dalam operasi itu polis telah merampas bahan-bahan yang disyaki dadah heroin  45.6 gram dan dadah syabu  0.3 gram dari 21 penagih yang ditangkap


Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara  ACP Noorzainy Bin Mohd Noor dalam satu kenyataan media mengesahkan tangkapan dan rampasan tersebut.

Menurut Noorzainy kesemua suspek didapati positif dadah jenis Mop/Meth.

Hasil siasatan mendapati dadah tersebut adalah untuk kegunaan sendiri dan juga untuk dijual di dalam pot

Katanya,kesemua  saspek yang tangkap akan direman di lokap IPD SPU untuk siasatan lanjut

Kes-kes tersebut disiasat di bawah Sek. 39B ADB 1952, Sek. 39A(1) ADB 1952 dan Sek.12(2) ADB 1952 kerana memiliki dadah berbahaya

Kredit : FB Media Hotline Utara

No comments:

Post a comment