Wednesday, 16 January 2019

Cabaran 10 tahun: Tiada apa nak disembunyikan

Gambar Safiey Illias pada tahun 2009 dan 2019

KUALA LUMPUR 16 Jan. - Usahawan kosmetik Safiey Illias turut menyahut 'Cabaran 10 tahun' daripada warganet dengan memaparkan gambar beliau ketika tahun 2009 dengan wajahnya terkini.

 Gambar yang dikongsi Safiey pada tahun 2009 merupakan gambar beliau ketika zaman persekolahanya. Foto tersebut memaparkan beliau ketika itu berambut pendek dan memakai baju seragam sekolah pelajar lelaki sambil memegang sehelai sijil penghargaan.

 "Ramai sangat yang minta. Dilaksanakan! Saya bangga menjadi diri sendiri. Tiada apa nak disembunyikan," kata Safiey pada hantaran yang dikongsi di Instagram beliau hari ini.

 'Cabaran 10 tahun' merupakan cabaran yang dilakukan oleh warganet dengan memaparkan gambar mereka 10 tahun lalu dan terkini di media sosial.

Kredit Utusan Online

No comments:

Post a comment