Thursday, 31 January 2019

IKEA bawa kemeriahan di Utara Malaysia dengan hidangan lazat Sweden menjelang pembukaan rasminya

IKEA bawa kemeriahan di Utara Malaysia dengan hidangan lazat Sweden menjelang pembukaan rasminya pada 14 Mac 2019 Rumah Terbuka Tahun Baru Cina negeri Pulau Pinang memaparkan jelajah IKEA FAMILY, pemberian sampel makanan, hidangan ala Sweden yang lazat dan lain-lain lagi 

PULAU PINANG, 31 Januari 2019 – Syarikat kelengkapan rumah terkemuka daripada Sweden, IKEA, bakal membawa kemeriahan kepada para peminat walaupun pada yang sama bersiap-sedia untuk pembukaan gedungnya di Batu Kawan pada 14 Mac 2019 ini.

Dengan lokasi strategik di Bandar Cassia, gedung IKEA pertama di Utara Malaysia bakal menawarkan lebih 8,000 produk kelengkapan rumah serta pelbagai hidangan ala Sweden dan tempatan yang sangat digemari rakyat Malaysia.

 Bagi memeriahkan lagi suasana perayaan, IKEA akan menyediakan gerai makanan di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina negeri Pulau Pinang di Spice Arena Relau pada 5 & 6 Februari 2019, yang masing-masing dihoskan oleh YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia dan YAB Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang.
(Di Spice Arena 5/2 10 pagi - 12 tengahari manakala 6/2 3.30 - 530 petang)

Setelah menunggu sekian lama, pelanggan di Utara Malaysia akhirnya dapat menikmati bebola daging dan ayam Sweden yang terkenal dan digemari ramai di Malaysia! Selain itu, trak makanan IKEA yang menarik juga akan singgah di sekitar bandar untuk menawarkan sampel makanan percuma kepada orang ramai.

 Dalam pada merealisasikan visinya untuk mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk orang ramai di Utara Malaysia, IKEA akan menganjurkan kempen keahlian bagi program kesetiaannya, IKEA FAMILY di sekitar kawasan ini.

Sebagai ahli IKEA FAMILY, pelanggan akan dapat menikmati pelbagai idea susun atur kelengkapan rumah yang terkini, diskaun, serta pelbagai manfaat lain yang eksklusif sepanjang tahun.

Sesi pendaftaran untuk IKEA FAMILY akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam di Tesco Ipoh, Perak (28 Januari – 3 Februari); Tesco Tanjung Pinang, Pulau Pinang (31 Januari – 3 Februari); Aman Central, Kedah (14 – 17 Februari); Central Square, Kedah (22 – 24 Februari); dan Tesco E-Gate, Pulau Pinang (28 Februari – 3 Mac). 

Tambahan pula, di IKEA Batu Kawan, ahli IKEA FAMILY juga dapat menikmati harga ahli bulanan untuk barangan terpilih, teh atau kopi percuma bagi setiap kunjungan, diskaun makanan, ganjaran hari lahir, jemputan ke pelbagai acara dan previu jualan, serta pelbagai lagi manfaat lain yang istimewa.

 “Dalam kurang daripada dua bulan, penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia akan dapat menikmati akses mudah kepada beribu-ribu produk kelengkapan rumah yang bereka bentuk menarik, berkualiti dan berfungsi, pada harga begitu rendah agar seramai mungkin mampu memilikinya.

Ramai yang sudah tidak sabar-sabar menunggu pembukaan gedung IKEA ini. Pada masa ini, kami sedang bertungkus lumus membuat persiapan agar pelanggan kami dapat menikmati pengalaman unik di gedung IKEA yang digemari ramai,” demikian kata Pathmalingam Arumugam, Pengurus Gedung IKEA Batu Kawan.

 Untuk maklumat lanjut mengenai jelajah IKEA FAMILY serta lokasi persinggahan trak makanan IKEA, sila layari IKEA.my/BatuKawan. Lokasi gedung IKEA Batu Kawan ialah di alamat 752, Persiaran Cassia Barat 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang (Koordinat GPS: 5.23387 N, 100.43993 E), yang akan dibuka secara rasmi pada pukul 10 pagi, 14 Mac 2019 (Khamis).

No comments:

Post a comment