Saturday, 19 January 2019

Kisah Ustazah Nor Farhana yang ramai tidak tahu..

Ustazah Farhana di Sebelah Kiri

Alhamdulillah segala puji bagi Allah. Kuasa doa, akhirnya sahabatku dijumpai dalam keadaan yg selamat.

Aku menyaksikan bagaimana mulianya hati dia melayan mak abahnya saat aku bermalam dirumahnya.

Sering kali hang cuba menggembirakan abah yg sedang lumpuh sambil bercakap2 dlm bahasa arab. Mana mungkin aku lupa abah ketawa mengekek dgn lawak hang. Mulut cuba menghiburkan namun mata yg berair tdk mampu menipu rasa dihati. Kuatnya hang Ana.

Namun Allah lebih menyayangi mak hang, syurga buat mak hang yg sabar & tabah menjaga abah setelah sekian lama. Saat itu, aku juga turut bersedih.

Aku menyaksikan bagaimana mulianya hati dia terhadap kawan2.

Kita sekelas dari tingkatan 1 hingga 6. Hang seorang yg sgt bersemangat & fokus dlm belajar. Mana mungkin aku lupa hang yg byk tolong aku dlm pelajaran. Sentiasa bagi semangat saat aku hampir putus asa. Hang org yg paling menyokong aku bila setiap kali aku kata, 'aku nak masuk maktab, aku nak jadi cikgu'. Boleh aku katakan, semua org senang dgn sikap hang yg periang, peramah, suka melawak & mudah mesra.

Beberapa bulan sebelum aku kahwin, kita berbual lama di telefon. Seperti biasa, hang sgt ceria bercerita itu ini. Hang byk memberi nasihat. Kalau nak cerita setiap kebaikan & kemuliaan hati hang, tak akan pernah habis. Hang terlalu baik.

Tidak terungkap betapa sedihnya hatiku saat dikhabarkan hang hilang secara tiba2. Namun aku yakin, org yg baik mcm hang, Allah akan jaga, Allah akan lindung dari perkara2 yg buruk. Bersangka baik dgn Allah. Alhamdulillah Allah makbulkan doa semua yg mendoakan hang.

Biarlah apapun yg orang kata pasai hang, aku harap hang maafkan, terus kuat & bertahan. InsyaAllah Farhana yg aku kenal seorang sahabat yg kuat & terlalu baik hatinya. Aku doakan semoga permohonan pertukaran hang ke Alor Setar diluluskan. InsyaAllah amiin.

Aku sayang hang sahabat dunia akhiratku, Ana Ibrahimđź’•

Kredit FB : Nur Nasuha Shuhaimi

No comments:

Post a comment