Monday, 28 January 2019

Ini yang anda perlu tahu tentang undang-undang baharu anti rasisme sewa rumah

Putrajaya sedang menghasilkan satu undang-undang baru iaitu Akta Sewaan Rumah Kediaman yang antara lain bagi menangani diskriminasi kaum dalam pasaran tanah, susulan kejadian-kejadian pemilik rumah enggan menerima penyewa atas dasar kaum.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata undang-undang baru itu akan mengikut undang-undang sepertinya di Scotland.
“Ini bagi melindungi pembeli dan penyewa rumah daripada diskriminasi,” katanya di pelancaran Dasar Rumah Negara 2018-2025 (DRN).



Mangsa diskriminasi kaum baru-baru ini berkongsi di media sosial kekecewaan tidak diterima oleh pemilik rumah yang menggemari kaum-kaum tertentu.
Terdahulu, Zuraida mengumumkan Dasar Rumah Mampu Milik Negara, satu program baru untuk rakyat dalam kategori B40.

“Buat pertama kalinya kita mempunyai satu dasar kecil untuk perumahan B40. Kami dengar aduan mereka tentang keadaan hidup yang tidak selesa,” katanya.

“Sekarang masa untuk membantu mereka supaya kualiti hidup jadi lebih baik dan keadaan hidup jadi lebih selesa.”
Dasar itu menjadi panduan kepada pembinaan rumah-rumah mampu milik yang dibangunkan oleh kerajaan negeri dan persekutuan dan sektor swasta.
Antara lain ia menetapkan rumah mampu milik mestilah berkeluasan sekurang-kurangnya 900 kaki persegi dan pada harga bawah RM300,000.

Zuraida berkata Putrajaya juga akan memastikan pembinaan 100,000 rumah mampu milik setahun.

Beliau berkata kerajaan menyasarkan 2023 untuk melaksanakan konsep bina dahulu dan jual kemudian (BTS).

Menerusi sistem itu, pembeli rumah hanya membawa pendahuluan 10% apabila menempah rumah dan bayaran selebihnya selepas rumah diserahkan.

Jika undang-undang ini diluluskan, anda berkemungkinan boleh didenda jika menaikkan iklan mencari penyewa rumah yang hanya terhad kepada sesuatu bangsa sahaja.


Undang-undang baharu ini juga mungkin melarang anda mendiskriminasi penyewa hanya kerana faktor warna kulit atau bangsa dan agama.

JUMPA KAT MAHKAMAH 

No comments:

Post a comment