Friday, 25 January 2019

Menangis Minta Maaf😭. Akhirnya Pemandu Vios Buka Mulut Dan Luah Sesuatu



“ Saya minta maaf kepada semua pihak, saya menyesal dengan apa yang berlaku,” itu kata-kata yang diulangi pemandu kereta Toyota Vios berusia 21 tahun, ketika ditemubual pihak berkuasa selepas menyerah diri kepada polis kelmarin. 
Dia yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menangis sebaik diajukan soalan mengenai kejadian dan berulang kali memohon maaf. 

 Lelaki berkenaan berdepan hukuman penjara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000. Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut. 

 “ Dia juga Kawan mendiang Moey Yun Peng, 20, dan sudah setahun mengenali antara satu sama lain. “ Sejurus dirawat dan mengetahui rakannya meninggal dunia, dia sugul dan sedih dengan berita itu,” katanya. 

Sebelum ini, lelaki berkenaan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terbenam dalam laut, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), dekat Butterworth, jam 2 pagi kelmarin. 

 Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu berusia 21 tahun itu hadir bersama ahli keluarganya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Mertajam. 

 Suspek yang diambil keterangan lebih 17 jam itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6.45 petang hari yang sama. 

Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad lalu, pelajar sebuah kolej swasta, Yun Peng, ma ut selepas SUV yang dipandunya berlanggar dengan Toyota Vios di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sebelum terhumban ke laut. 

 Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat mangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren, jam 5.50 petang. Nik Ros Azhan berkata, sehingga kini pihaknya sudah merekod keterangan daripada 15 individu terdiri daripada saksi-saksi yang melihat kejadian itu. 

Ujar beliau, hasil bedah siasat yang dilakukan selama tiga jam mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas kerana tenggelam dalam laut selepas 
kemalangan. 

Terdahulu ahli keluarga pemandu SUV Mazda CX 5 yang maut terhumban ke laut dalam kema langan di Jambatan Pulau Pinang Ahad lepas belum bersedia untuk bertemu dengan pemandu Toyota Vios buat masa sekarang. 

 Abang mendiang Moey Yun Peng yang mahu dikenali sebagai Dennis berkata, buat masa ini keluarganya masih dibelenggu kesedihan dan tidak terfikir untuk bertemu dengan pemandu yang juga rakan mangsa atau keluarganya. 

Malah pihak keluarga juga meminta diberi ruang untuk bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk melakukan siasatan terperinci dan menentukan hukuman yang akan dikenakan terhadap pemandu berkenaan. 

 ” Sedih memang sedih, siapa tidak sedih kehilangan orang tersayang, tapi kita sudah terima pemergian adik, tetapi apa hukuman kepada pemandu itu kita serahkan kepada pihak polis” katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Kempas, Butterworth pada Rabu. 

 Dalam pada itu, keluarganya memaklumkan tidak akan menyambut Tahun Baharu Cina pada tahun ini kerana masih berkabung dan sedih dengan kejadian menimpa mendiang. 

Menurut Dennis, walaupun telah membuat persiapan termasuk membeli pakaian baharu dan menghias rumah, namun semua itu terpaksa dilupakan. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. 

Sumber : Harian metro

No comments:

Post a comment