Tuesday, 29 January 2019

Pengetua Sekolah didakwa empat pertuduhan amang seksual



Tertuduh Zainuren Mohamed,55, mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan yang dibacakan dihadapan Hakim Noor Aini Yusof dan Hakim Norhayati Mohamad di Mahkamah Seksyen Butterworth pagi tadi.


 Mengikut pertuduhan dia didakwa secara berasingan melakukan amang seksual fizikal terhadap empat pelajar lelaki berusia 11,13 dan 14 tahun di bilik khas pengetua dan asrama di sebuah sekolah Model Khas di Permatang Tok Jaya Butterworth antara 6 April dan 10 Oktober tahun lepas.

 Tertuduh didakwa mengikut seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin yang keseluruhannya berjumlah RM54,000 beserta seorang penjamin. Kes itu akan disebut semula pada 25 hb Februari ini

Media hotline utara

No comments:

Post a comment