Friday, 18 January 2019

RON97, RON95 naik 6 sen, diesel 12 sen




Harga runcit petrol RON97 dan RON95 masing-masing berlaku kenaikan sebanyak 6 sen bagi tempoh 19 Januari hingga 25 Januari 2019.

Manakala, harga runcit diesel dinaikkan sebanyak 12 sen seliter iaitu daripada RM2.05 kepada RM2.17 seliter

Penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan adalah menggunakan formula Automatic pricing Mechanism (APM).


Kementerian Kewangan Malaysia dalam kenyataannya menjelaskan kenaikan ini adalah berikutan harga produk petroleum yang diproses (refined product) di pasaran dunia yang telah menunjukkan trend peningkatan berbanding minggu sebelumnya iaitu daripada USD60 kepada USD63 setong bagi petrol RON95, dan daripada USD68 kepada USD72 setong bagi diesel.


No comments:

Post a comment