Friday, 25 January 2019

Saya minta maaf kepada semua pihak - Pemandu Kereta Vios

“SAYA minta maaf kepada semua pihak, saya menyesal dengan apa yang berlaku,” itu kata-kata yang diulangi pemandu kereta Toyota Vios berusia 21 tahun, ketika ditemubual pihak berkuasa selepas menyerah diri kepada polis kelmarin.


Dia yang juga anak sulung daripada tiga beradik itu menangis sebaik diajukan soalan mengenai kejadian dan berulang kali memohon maaf.

Lelaki berkenaan berdepan hukuman penjara dua hingga 10 tahun dan denda antara RM5,000 dan RM20,000.

Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.


Sumber berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kemalangan maut.

“Dia juga rakan kepada mendiang Moey Yun Peng, 20, dan sudah setahun mengenali antara satu sama lain.

“Sejurus dirawat dan mengetahui rakannya meninggal dunia, dia sugul dan sedih dengan berita itu,” katanya.

Sebelum ini, lelaki berkenaan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kenderaan utiliti sukan (SUV) Mazda CX-5 putih terbenam dalam laut, menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), dekat Butterworth, jam 2 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah SPT, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pemandu berusia 21 tahun itu hadir bersama ahli keluarganya ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Bukit Mertajam.

Suspek yang diambil keterangan lebih 17 jam itu kemudian dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6.45 petang hari yang sama.

Dalam kejadian 2.54 pagi Ahad lalu, pelajar sebuah kolej swasta, Yun Peng, maut selepas SUV yang dipandunya berlanggar dengan Toyota Vios di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang sebelum terhumban ke laut.

Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilakukan, mayat mangsa dan kenderaannya berjaya dinaikkan menggunakan kren, jam 5.50 petang.

Nik Ros Azhan berkata, sehingga kini pihaknya sudah merekod keterangan daripada 15 individu terdiri daripada saksi-saksi yang melihat kejadian itu.

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dilakukan selama tiga jam mendapati mangsa meninggal dunia akibat lemas kerana tenggelam dalam laut selepas kemalangan.

Kredit : Harian Metro

No comments:

Post a comment