Monday, 18 February 2019

Dadah Bernilai RM 556 Ribu Berjaya Dirampas Oleh Polis Di Pulau Pinang


DADAH BERNILAI RM556 RIBU DIRAMPAS OLEH JABATAN SIASATAN JENAYAH NARKOTIK BUKIT AMAN DAN JSJN IPK PULAU PINANG


George Town, 18 Februari 2019 - Sidang media berkaitan rampasan dadah dan peralatan memproses dadah telah disempurnakan oleh YDH CP Dato' Sri Mohmad Bin Salleh, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman di Pusat Media Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

YDH CP Dato' Narenasagaran Thangaveloo - Ketua Polis Pulau Pinang, YDH DCP Dato' Roslee Bin Chik - Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, YDH DCP Tuan Zulkifli Bin Ali - Timbalan JSJN Bukit Aman turut hadir bersama.

Hasil daripada tiga serbuan oleh JSJN Bukit Aman dan JSJN Kontinjen Pulau Pinang di sekitar Butterworth, Ayer Itam dan Jelutong telah berjaya menangkap seramai empat orang ahli sindiket warga tempatan yang berumur antara 33 tahun hingga 49 tahun.

Dua daripada saspek, positif dadah. Nilai rampasan dadah berjumlah RM 556 ribu, RM 392 ribu sitaan harta iaitu lima buah kenderaan dan wang tunai sebanyak RM8,200.00.

Kesemua tangkapan direman sehingga 23 Februari 2019 untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika disabitkan kesalahan.

Kredit : PDRM Pulau Pinang FB















No comments:

Post a comment