Wednesday, 27 February 2019

Himpunan Aman Bantah Penghinaan Nabi Di Batu Kawan Semalam (Gambar-gambar dan Video)


Lagi himpunan aman diadakan malam semalam di hadapan Balai Polis Batu Kawan, SPS.



Sekitar 200 orang para aktivis umat Islam berkumpul beramai-ramai bagi membantah tindakan menjadi-jadi segelintir kecil pihak non Muslim Yang menghina Nabi. Laporan Polis juga dilakukan bagi membantah pembebasan awal terhadap suspek tersebut.

Ini jelas menunjukkan mereka tidak hormat dan cuba mencabar kesucian dan kesabaran umat Islam. Keadaan semuanya terkawal dan himpunan berjalan dengan aman.

Video Live boleh ditonton di page Tok Singa

Sementara itu sebentar tadi, Wai Foo Sing, yang bertindak biadab serta kurang ajar dengan menghina Nabi Muhammad saw pada 17 Februari lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.

 Tertuduh, 68 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim M.M Edwin Paramjothy.

 Mahkamah memberikan jaminan RM20,000 bagi setiap pertuduhan dan tarikh sebutan semula kes ditetapkan 5 April nanti.

No comments:

Post a comment