Saturday, 16 February 2019

IKEA Batu Kawan bakal perkenal gaya baharu ‘Kehidupan di Rumah’ menjelang 14 Mac 2019

Ribuan penyelesaian kelengkapan rumah, bilik pameran berinspirasi, hidangan ala Sweden yang enak serta pengalaman beli-belah di IKEA yang unik menanti penduduk di Utara Malaysia dalam tempoh 26 hari lagi! 


 PULAU PINANG, 15 Februari 2019 – IKEA Malaysia memberikan kejutan buat pihak media di Pulau Pinang hari ini menerusi pratonton eksklusif IKEA Batu Kawan, gedung terbaharunya yang amat dinanti-nantikan.


IKEA mengambil kesempatan ini untuk mempamerkan ciri-ciri unik gedung tersebut ketika majlis ‘Roof Capping’. Selari dengan tradisi Sweden dalam meraikan selesainya pembinaan sesebuah bangunan, acara ini dijalankan bagi menyampaikan penghargaan kepada semua pihak yang telah membantu semasa fasa pembinaannya.

 Dilengkapi 49 buah ruang pameran merentasi 470,135 kaki persegi (kira-kira 43,677 meter persegi), gedung terbaharu ini memberikan sentuhan tempatan dari segi penyelesaian kelengkapan rumahnya yang sepadan dengan ruang kehidupan penduduk di Pulau Pinang dan Utara Malaysia.

Dengan lokasi strategik di Bandar Cassia, gedung IKEA pertama di Utara Malaysia ini mampu menawarkan akses mudah kepada lebih 8,000 produk kelengkapan rumah Sweden yang bereka bentuk menarik, berfungsi dan mampu dimiliki.

Di samping itu, dengan restoran yang mampu menampung seramai 756 orang, pelanggan akan dapat menikmati beraneka jenis hidangan ala Sweden dan tempatan yang lazat. IKEA juga berkongsi bahawa gedungnya juga merangkumi sebuah bakeri yang membuat roti dan pastri segar, tambahan enak kepada Bistro dan Kedai Makanan Khas Sweden IKEA.

 Pathmalingam Arumugam, Pengurus Gedung IKEA Batu Kawan berkata, “Dalam tempoh 26 hari lagi, kita akan menyaksikan pembukaan rasmi IKEA Batu Kawan!

Dalam bersiap sedia menyambut ramai pelanggan kami, pasukan kami yang terdiri daripada 300 rakan sekerja IKEA sedang bertungkus lumus membuat persiapan yang terbaik bagi merealisasikan visi kami dalam mencipta kehidupan harian yang lebih baik bagi orang ramai.”

 Pasukan rakan sekerja di IKEA Batu Kawan kini berada pada fasa terakhir dalam penyediaan operasi, produk barangan dan kelengkapan dalaman. Mereka akan bersama-sama memberikan pengalaman unik di gedung IKEA yang digemari rakyat Malaysia!

 “Selain menyediakan satu tempat bersantai yang menarik bagi pelanggan, kami juga komited menginspirasikan mereka agar mengamalkan kehidupan harian yang lebih lestari. Rangkaian kelengkapan rumah kami akan merangkumi pelbagai produk yang lestari antara lain, seperti mentol lampu LED, penyimpanan makanan dan penyelesaian kitar semula,” tambah Pathmalingam.

 Berpaksikan nilai kelestarian, IKEA Batu Kawan telah dilengkapi pelbagai ciri-ciri demi memastikan yang ia beroperasi melalui cara yang lestari. Ciri-ciri ini termasuklah panel solar fotovoltan, tangkapan air hujan, peralatan pemulihan tenaga, tempat letak kereta untuk kenderaan mesra alam, dan lain-lain.

IKEA Batu Kawan boleh diakses secara mudah melalui jambatan Pulau Pinang kedua dari bahagian pulau, serta dua lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Bandar Cassia dan Lebuhraya Utara–Selatan.

 Bagi meningkatkan kemudahan pelanggan, gedung ini dilengkapi sebanyak 1,950 ruang letak kereta. Ia terletak di alamat 752, Persiaran Cassia Selatan 8, 14110 Bandar Cassia, Pulau Pinang, dan akan mula beroperasi pada 14 Mac 2019 (Khamis), 10.00 pagi.




No comments:

Post a comment