Tuesday, 5 February 2019

Imigresen Pulau Pinang Gempur Penang Sentral



Butterworth, 5 Jan - Suasana Penang Sentral yang sibuk dengan penumpang dan pengunjung pada cuti Tahun Baru Cina menjadi gempar apabila kawasan bangunan tersebut 'bergegar'. Keadaan menjadi sedikit kecoh apabila ada pengunjung cuba menyelamatkan diri dan ada yang terpinga-pinga.


Keadaan ini disebabkan oleh Operasi Bersepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang di kawasan terbabit pada awal pagi tadi bagi memburu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Operasi yang bermula jam 9.00 pagi itu tertumpu di kawasan parkir bas dan sekitar bangunan Penang Sentral.

Dalam operasi yang dijalankan itu, seramai 976 orang warga asing telah diperiksa dan hasilnya seramai 70 orang PATI telah berjaya ditangkap kerana disyaki gagal mengemukakan dokumen perjalanan atau Pas yang sah dan telah tinggal lebih masa.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada 24 lelaki dan 3 wanita Myanmar, 1 lelaki dan 3 wanita Vietnam, 24 lelaki Bangladesh, 5 lelaki dan 5 wanita Indonesia, 4 lelaki Nepal serta 1 lelaki India.

Kesemua yang ditangkap ini telah dibawa untuk proses dokumentasi seterusnya akan ditahan di Depot Imigresen Juru untuk siaaatan lanjut.

Menurut Ketua Bahagian Operasi Izham Idris, Operasi Bersepadu ini akan sentiasa diadakan pada setiap masa dengan mensasarkan tempat-tempat tumpuan warga asing.

Menurutnya lagi kesiapsiagaan Bahagian Penguatkuasa Imigresen adalah pada setiap masa tanpa mengira waktu walaupun pada hari biasa atau cuti perayaan dalam memastikan keselamatan dan kedaulatan negara sentiasa terpelihara.












No comments:

Post a comment