Friday, 15 February 2019

Landasan Kereta Api Di Pulau Pinang Adalah Yang Kedua Tercuram di Dunia. Yang Pertama?


Siapa Sangka, Landasan Kereta Api Kedua Curam Di Dunia Hanya Terletak Di Pulau Pinang Dengan kecuraman 27.9 darjah, ini adalah landasan kedua tercuram di dunia.


Jika anda gemar menaiki kereta api dan suka pada cabaran, apa kata anda cuba menaiki kereta api dengan landasan yang curam di dunia ini? Terletak hanya di Pulau Pinang, kereta api di Bukit Bendera ini mengambil masa kira-kira setengah jam untuk sampai ke puncak.

Sistem kereta api yang berusia 85 tahun ini pada mulanya dibina untuk golongan penjajah British bagi menikmati udara sejuk Bukit Bendera Pulau Pinang.

Landasan kereta api ini adalah sepanjang 1.99 km, mempunyai terowong sepanjang 258 kaki panjang dan terowong yang mempunyai kecuraman 27.9 darjah, adalah merupakan landasan kedua tercuram di dunia.


Landasan paling curam pula di dunia terletak di Switzerland dengan kecuraman sebanyak 47.7 darjah, menaiki kaki bukit setinggi 1,720 meter.

 sumber: Era FM / IG mypenanghill

No comments:

Post a comment