Saturday, 16 March 2019

Ibu kepada Rahimi Ahmad, akan berlepas ke New Zealand hari ini.


IBU kepada mangsa tembakan rambang di New Zealand, Rahimi Ahmad, 39, dijangka berlepas ke negara berkenaan hari ini untuk melihat keadaan anaknya.

Rokiah Mohammad, 65, dijangka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTABPP) bersama anak keduanya, Roshidi, 42.

Katanya, keputusan itu diambil selepas dia menghubungi isteri Rahimi, Norazila Wahid, 39, yang memaklumkan perkembangan terkini suaminya.

“Dalam panggilan kira-kira 7 malam itu, Norazila memaklumkan Rahimi baru selesai menjalani pembedahan bagi membuang peluru di bahagian perut..

“Bagaimanapun, pembedahan perlu dilakukan sekali lagi esok berikutan peluru terbabit terkena tulang belakang,” katanya yang ditemui di rumah keluarga Rahimi di Kampung Binjai, Bayan Lepas, hari ini.

Sumber  : Harian Metro
Gambar : Mikhail Ong

No comments:

Post a Comment