Saturday, 9 March 2019

Imigresen tumpaskan sindikit pelacuran guna aplikasi Weechat



PERAI, 8 March - Mereka juga bergerak seiring dengan gerbang teknologi semasa. Kalau dahulunya pelanggan perlu hadir untuk memilih bagi mendapatkan khidmat tapi kini semuanya hanya di hujung jari.

Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang telah berjaya melumpuhkan satu sindikit pelacuran atas talian yang menggunakan aplikasi Weechat.



Dalam serbuan yang dijalankan ke atas sebuah hotel yang terletak Jalan Baru, Perai seramai 10 orang wanita warga asing yang disyaki sebagai lonte telah ditangkap kerana menjalankan aktiviti tidak bermoral dengan menawarkan khidmat seks. Kesemua mereka disyaki melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Mereka yang ditangkap terdiri daripada 7 wanita warga Thailand dan 3 wanita warga Laos. Turut disiasat adalah 6 lelaki warga tempatan yang disyaki pelanggan. Kesemua lelaki terbabit telah diperintahkan hadir ke pejabat untuk direkod keterangan bagi membantu siasatan.

Manakala wanita warga asing terbabit telah dibawa untuk ditahan di Depot Imigresen Juru bagi siasatan dan tindakan lanjut selaras dengan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang khasnya tidak akan berkrompomi terhadap pelawat asing yang tidak mematuhi undang-undang Negara.




No comments:

Post a Comment