Wednesday, 20 March 2019

Jangan Rakus Sewakan Rumah Kepada Warga Asing


Tanjung Bungah - Warga tempatan didapati rakus untuk mendapatkan duit dengan memajak rumah kepada warga asing bagi suatu tempoh yang lama.

Warga asing yang memajak rumah terbabit pula menyewakan kepada warga asing lain untuk mendapatkan keuntungan berganda.

Hal ini terbongkar apabila dua unit rumah yang terletak di Taman Bukit Erskine, Tanjung Bungah diserbu oleh Bahagian Penguatkuasa Imigresen Pulau Pinang.

Siasatan awal semasa serbuan dibuat mendapati rumah yang didiami oleh 16 warga asing tersebut telah disewa daripada rakan senegara yang turut sama menghuni bersama.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan, seramai 11 warga Bangladesh telah ditangkap kerana gagal mengemukakan dokumen perjalanan dan Pas yang sah untuk berada di Malaysia.

Menurut Pengarah Imigresen Pulau Pinang, Muhamad Husni Bin Mahmud menyatakan bahawa siasatan ke atas pemilik premis akan dijalankan dan adalah diingatkan mana-mana penghuni tidak boleh membenarkan pendatang tanpa izin memasuki atau mendiami di mana-mana premis.

Sekiranya terbukti kesalahan dan akan apabila bersabit , dikenakan denda tidak kurang daripada Lima Ribu Ringgit dan tidak lebih daripada Tiga Puluh Ribu Ringgit atau di Penjara selama tempoh tidak kurang daripada dua belas bulan atau kedua-duanya untuk SETIAP PENDATANG TANPA IZIN yang dijumpai di premis.

Sumber Imigresen Pulau Pinang






No comments:

Post a comment