Friday, 22 March 2019

JPJ PULAU PINANG AKAN LELONG KERETA SERENDAH RM700!



Jabatan Pengangkutan Jalan Raya Pulau Pinang (JPJ) mengumumkan akan mengadakan acara lelongan melibatkan 92 kereta daripada pelbagai jenama termasuk Toyota, Honda, Subaru, Nissan, BMW dan Volvo.
Kesemua kenderaan ini telah disita ekoran pelbagai kesalahan dan kini akan dilelong kepada orang ramai dengan harga serendah RM700 hingga RM13,000.
Berikut antara senarai kenderaan yang bakal dilelong:
  1. Nissan Sentra 1.6 (2005) – RM700
  2. Toyota Estima (2005) – RM1,000
  3. Audi A6 2.4 (2006) – RM7,000
  4. Toyota Wish 1.8 (2004) – RM5,000
  5. Toyota Vios 1.5 (2007) – RM6,000
  6. Honda Civic 1.7 (2004) – RM5,000
  7. Mazda 3 2.0 (2005) – RM5,000
  8. BMW 523i (2005) – RM7,000
  9. Toyota Harrier 2.4 (2004) – RM9,000
  10. Mazda RX-8 (2007) – RM12,000
  11. Honda Integra 2.0 (2006) – RM9,000
  12. Mercedes Benz E200 (2002) – RM4,000
  13. Subaru Impreza 1.6 (2007) – RM7,000
Bagaimanapun, orang ramai perlu bertabah kerana difahamkan perlu bersaing dengan penjual kereta terpakai!

No comments:

Post a Comment