Saturday, 2 March 2019

Kisah sebenar wanita terjun jambatan PP semalam..


WANITA yang terjun dari Jambatan Pulau Pinang, 6 petang semalam memiliki dua rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah di Baling, Kedah.


Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang berkata, wanita berkenaan kini mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan kesnya akan disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri dengan cara terjun dari jambatan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian pada 6.45 petang. Katanya, susulan maklumat pertama itu, anggota Polis Marin Wilayah Satu (W1) Batu Uban kemudian membuat rondaan di Jambatan Pulau Pinang dan mendapat maklumat daripada orang awam mengatakan ada orang terjun dari jambatan.

 “Wanita sudah berkahwin itu terjun di Kilometer 6 jambatan menghala ke Georgetown sebelum diselamatkan nelayan dan diserahkan kepada PPM.

“Dia kemudian dibawa ke Jeti Batu Uban sebelum dibawa oleh ambulans bomba ke HPP," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, wanita berkenaan belum dapat memberi keterangan kerana masih menerima rawatan dan berada dalam keadaan stabil.

 “Wanita itu disyaki menghadapi tekanan perasaan disebabkan suaminya ditahan di Batu Gajah, Perak kerana kesalahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) (LLPK) 1985 sejak 2018 selain tidak mempunyai kerja. 

“Ibunya berkata pada 5.30 petang tadi (semalam), anak perempuannya itu masih berada di rumah dan meminta izin keluar rumah namun tidak beritahu ke mana," katanya.

 Che Zaimani berkata, wanita berkenaan meminta wang RM20 daripada ibunya sebelum dia dikejutkan dengan panggilan telefon memaklumkan gambar anaknya tular di media sosial kerana terjun dari ada Jambatan Pulau Pinang.

 Beliau berkata, ibu wanita itu memberitahu polis bahawa anak perempuannya pernah mengelar tangan pada usia 15 tahun kerana berselisih faham dengan teman lelaki ketika di sekolah.

 Menurutnya, kes disiasat mengikut Sekyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kredit : Harian Metro

No comments:

Post a Comment