Sunday, 24 March 2019

Maritim Malaysia menyelamatkan mangsa bot karam di perairan Pulau Pinang


PULAU PINANG, 24 Mac – Sebuah bot nelayan asing Indonesia karam pada lebih kurang 7 batu nautika dari Barat Muka Head. Bot tersebut dikesan Kapal Maritim Negeri Johor kira-kira jam 10.25 pagi.

KM Satria yang dalam perjalanan menuju ke LIMA'19 bagi aksi Fleet Review  telah mengesan sebuah bot bewarna biru dalam keadaan separuh karam. Dua mangsa berjaya diselamatkan namun seorang lagi ditemui mati lemas.

Kesemua mangsa seterusnya dipindahkan ke Bot Zabri 1 (PPM) untuk dibawa ke Jeti PPM Batu Uban dan dihantar ke Hospital Pulau Pinang bagi rawatan susulan.




No comments:

Post a comment