Monday, 25 March 2019

Mayat Wanita Ditemui Terapung Di Batu Maung

Gambar Hiasan

Mayat wanita lengkap berpakaian ditemukan terapung dan tersangkut di jaring sangkar ikan di kawasan perairan limbungan Batu Maung, dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata mayat wanita tanpa sebarang identiti itu ditemui pekerja sangkar ikan kira-kira pukul 11.50 pagi sebelum memaklumkan kepada polis.

"Tiada sebarang dokumen ditemui bersama mayat berumur lingkungan 30-an dan memakai baju warna biru lembut tertera logo design 72 dan kain sarung berwarna merah lembut berbunga," katanya di sini hari ini.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Balik Pulau (HBP) untuk dibedah siasat.

Beliau meminta orang ramai yang kehilangan anggota keluarga atau rakan untuk  hadir membuat pengecaman di HBP.

Bernama

2 comments: