Friday, 8 March 2019

Operasi Mengesan Cikgu Ya Di Bukit Balik Pulau Buntu



KERETA Perodua Kancil dipandu pesara guru Yahaya Mohamed, 80, yang hilang sejak Sabtu lalu dijumpai tersadai di atas Bukit Cengkih, Titi Serong, 1 tengah hari semalam.


Warga emas yang turut dikenali Cikgu Ya itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar pada 7 malam dengan memandu berseorangan.

Sehubungan itu, keluarganya membuat laporan polis pada 1.13 pagi Ahad sebelum usaha mencari dilakukan penduduk dan pihak berkuasa.


Anak lelakinya, Mohd Rahimi, 44, berkata, Perodua Kancil itu dijumpai orang ramai di kawasan bukit berkenaan namun ayahnya tiada di situ.

Katanya, jarak antara lokasi kereta yang dijumpai dengan rumahnya di Hilir Sungai Burung adalah sejauh lima kilometer.

“Lokasi kereta ditemui tidak jauh dari rumah tetapi yang peliknya bagaimana kereta dipandu ke sini kerana kerana laluan ini hanya boleh dilalui dengan motosikal.

“Agak sukar bagi kereta sampai ke sini kerana laluan yang sempit dan bergaung,” katanya.

Mohd Rahimi berkata, dia bimbang sesuatu berlaku kepada ayahnya yang mengalami masalah pelupa.

“Biasanya ayah dibantu ibu ketika memandu namun pada hari kejadian, dia keluar berseorangan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A A Anbalagan ketika dihubungi berkata, anggotanya dan bomba sudah berada di bukit itu bagi melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Kredit Artikel : Harian Metro
Gambar : Kahar Ikhsan






No comments:

Post a Comment