Monday, 25 March 2019

Pembenihan awan dilakukan sekiranya paras air turun di bawah 40 peratus


GEORGE TOWN, 24 Mac (Bernama) -- Pulau Pinang akan melaksanakan pembenihan awan sekiranya paras air di Empangan Air itam turun di bawah 40 peratus, kata Ketua Menterinya Chow Kon Yeow.


Chow berkata pada masa ini, Empangan Air Itam mempunyai jumlah air mentah yang mencukupi bagi memenuhi keperluan penduduk di bandar Air Itam, lembah Paya Terubong dan kawasan sekitar selama 48 hari.


“Sehingga Jumaat lepas, kapasiti efektif empangan adalah 49.1 peratus tetapi selepas hujan semalam, paras air meningkat kepada 50.1 peratus hari ini. 


Kami hanya akan melaksanakan pembenihan awan sekiranya kapasiti efektif Empangan Air Itam turun di bawah 40 peratus,” katanya.

No comments:

Post a comment