Saturday, 16 March 2019

Pesawat TUDM terbang rendah? Jangan risau, belum berperang lagi. Jom saksikan LIMA’19 di Langkawi


KUALA LUMPUR, 16 Mac – Orang ramai di sekitar negeri Kedah dan Pulau Pinang dinasihatkan agar tidak cemas atau risau apabila melihat pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang rendah di kawasan mereka.
TUDM dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini berkata, beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan terbang di ruang udara kedua-dua negeri berkenaan bagi melaksanakan latihan penerbangan pesawat bagi pertunjukan udara sempena LIMA’19.
“Latihan terbang bagi menjayakan acara ini dijadualkan bermula seawal 15 Mac sehingga ke hari sebenar acara tersebut. Orang ramai adalah dinasihatkan agar tidak cemas dan risau sekiranya melihat peswat-pesawat TUDM terbang rendah sepanjang tempoh tersebut,” jelas pihak TUDM.
Selain daripada itu, TUDM memberi jaminan bahawa aspek keselamatan telah diambil kira dan latihan penerbangan ini akan dipantau sepenuhnya oleh pihak mereka.
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2019 (LIMA’19) akan berlangsung di Langkawi mulai 26 hingga ke 30 Mac 2019. Pameran dwi-tahunan yang memasuki edisi ke-15 ini merangkumi dua segmen utama iaitu segmen aeroangkasa dan segmen maritim
Kredit : Air Times 

No comments:

Post a Comment