Sunday, 10 March 2019

PM Finland Letak Jawatan Setelah Gagal Tunai Janji


Terkini Juha Sipila mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri Finland selepas dikatakan gagal menunaikan janji reformasi sosial dan penjagaan kesihatan selepas lima minggu pilihan raya parlimen.

Sipila juga menyifatkan kegagalan meluluskan reformasi itu sebagai 'kekecewaan besar' dan sejak 2015, beliau mengetuai kerajaan pakatan daripada parti Tengah, parti konservatif Pakatan Nasional dan parti anti Eropah Blue Reform.

Walaupun selama ini, Sipila menjadikan reformasi terbabit sebagai satu keutamaan kerjaan, namun ia tetap gagal mencapai persetujuan ketiga-tiga parti berkenaan.

Sipila melihat reformasi itu penting untuk mengurangkan peningkatan kos merawat penduduk yang pantas menjadi semakin berusia.

Sumber: Berita Harian

No comments:

Post a Comment