Tuesday, 5 March 2019

Polis tahan lelaki, rampas 80kg ganja



BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah dan merampas ganja hampir 80 kilogram (kg) dianggarkan bernilai RM196,250 di Kilometer 137 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 9.30 pagi, suspek berusia 42 tahun itu ditahan sepasukan Polis Peronda Lebuh Raya Plaza Tol Bertam ketika memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan dari arah Seberang Jaya ke Jambatan Pulau Pinang.


Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid, berkata hasil pemeriksaan di dalam kereta suspek menemui lima kotak mengandungi 80 ketulan mampat dipercayai ganja

“Tiga daripada kotak berkenaan diletakkan di bahagian penumpang belakang, manakala dua lagi di tempat simpanan barang kereta.

“Hasil rampasan dianggarkan bernilai RM196,250 dan dipercayai untuk dipasarkan di bahagian pulau. Suspek direman selama tujuh hari hingga Isnin depan,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Beliau berkata, suspek juga didapati positif dadah jenis morfin, selain memiliki empat rekod kesalahan lampau berkaitan dadah.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Kredit : Berita Harian

No comments:

Post a Comment