Tuesday, 12 March 2019

Remaja mati lemas di air terjun

BALIK PULAU - Seorang remaja lelaki warga Myanmar mati lemas ketika mandi-manda di kawasan air terjun di Jalan Kenari, Sungai Ara, Bayan Lepas di sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A.A. Anbalagan berkata, mangsa, Abdul Rahman Abdul Razak, 19, dikatakan tenggelam ketika sedang mandi bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 3.30 petang.

"Kemudian usaha mencari mangsa dilakukan pihak bomba sebelum mayatnya ditemui kira-kira pukul 4.15 petang.

"Mayat ditemui dalam keadaan tersepit di celah batu pada kedalaman kira-kira 4 meter," katanya sebentar tadi.

Menurut Anbalagan, mangsa telah cuba diberi bantuan awal kecemasan namun gagal diselamatkan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Balik Pulau di sini bagi urusan bedah siasat. - K! ONLINE

#BombaPenang
#BBPBayanBaru
#CepatdanMesra
#SediaMenyelamat

http://www.kosmo.com.my/terkini/remaja-myanmar-mati-lemas-di-air-terjun-1.857811

1 comment:

  1. Dulu tempat lepak time blah sekolah
    ..tempat 2 mmg misteri... Sapa dok p wt pandai... Haha... Habuan...

    ReplyDelete