Thursday, 21 March 2019

Siaran langsung solat Jumaat esok di seluruh New Zealand


CHRISTCHURCH: Masjid Al Noor dan Linwood yang menjadi lokasi serangan pengganas Jumaat lalu dijangka dibuka semula, esok.

Al Jazeera melaporkan, kerja pembaikkan dan pembersihan masjid Al Noor dilakukan bagi membolehkan penduduk Islam menunaikan solat.

Perdana Menteri Jacinda Ardern, hari ini mengumumkan solat Jumaat esok akan disiarkan secara langsung di seluruh New Zealand.

Polis dilihat mengawal keselamatan di masjid sejak kejadian tembakan rambang minggu lalu yang meragut 50 nyawa di Christchurch.


Justeru, polis dalam kenyataan hari ini berkata akan meningkatkan lagi kawalan keselamatan ketika solat berlangsung.

“Polis bertungkus lumus mengumpul semua bahan bukti dari lokasi kejadian secepat mungkin agar penduduk dapat menunaikan ibadat di masjid berkenaan,” katanya.

Ribuan umat Islam dijangka memenuhi Masjid Al Noor, esok.

Kebanyakan mangsa adalah warga asing dari Pakistan, India, Malaysia, Indonesia, Turkey, Somalia, Afghanistan and Bangladesh. - Agensi / Hmetro

No comments:

Post a comment