Friday, 15 March 2019

Tragedi Chirstchurch : Terkini! Dua Rakyat Malaysia Cedera



Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan dua rakyat Malaysia cedera dalam insiden serangan bersenjata di masjid di Christchurch, New Zealand hari ini.

Kedua-dua mangsa kini dirawat di hospital tempatan.

Insiden tembakan yang berlaku jam 1.40 petang waktu tempatan di Masjid Al-Noor dekat Hagley Park dan sebuah lagi masjid di Linwood meragut 40 nyawa dan lebih 20 yang lain cedera.

Tambah Wisma Putra, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan keganasan itu dan berharap mereka yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.

Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington berhubung dengan rakyat Malaysia di Christchurch dan sedang memantau situasi di sana.

Foto: AFP

No comments:

Post a Comment