Friday, 15 March 2019

Tragedi Christchurch : 40 Maut lebih 20 cedera parah



Seramai 40 jemaah terbunuh manakala lebih 20 lagi cedera parah susulan insiden tembakan rambang di dua buah masjid di bandar Christchurch ketika solat Jumaat hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, yang turut menyifatkan insiden sebagai serangan pengganas.

30 daripada mangsa yang terbunuh adalah di Masjid Al Noor di Christchurch, manakala 10 yang lain di sebuah lagi masjid di Linwood.

Tambah Ardern, setakat ini empat individu telah ditahan, namun mereka tidak dalam senarai pemantauan pihak polis.

Sebuah video tersebar di media sosial menunjukkan detik serangan dipercayai di Masjid Al Noor.

Difahamkan video berkenaan disiarkan secara langsung oleh seorang lelaki warga Australia berusia 28 tahun yang menggunakan nama Brenton Tarrant di Twitter.

Tarrant mendakwa dia melakukan serangan itu bagi mengurangkan jumlah pendatang asing dan sebagai membalas dendam terhadap rempuhan trak Stockholm, Sweden pada 2017.

Lelaki itu turut memuat naik 73 muka surat yang mengandungi alasan mengapa dia melakukan keganasan itu.

No comments:

Post a Comment